'Info grafik tular, antara fakta sukar dipadamkan'

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Fakta info grafik tular di laman sosial ketika ini adalah antara fakta sukar dipadamkan bagi menggambarkan pengorbanan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO, BN berkorban dan sanggup berkongsi kuasa dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi rakyat di Negeri Di Bawah Bayu.

"Bila disebut #UMNO #BN berkorban sanggup kongsi kuasa, demi #rakyat untuk tewaskan Parti Warisan Sabah (Warisan), DAP dan lain-lain.

"Dalam #PRNSabah, info grafik yang viral ini salah satu contohnya. Tidak semua yang setuju tapi fakta sukar untuk dipadam," ciap Ahli Parlimen Pontian itu di Twitternya hari ini.

Beliau merujuk kepada sejumlah 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Karanan, Labuk, Sulaman, Kuala Penyu Nabawan, Bandau, Klias, Pitasan, Membakut dan Kawang.

DUN Karanan, Labuk, Sulaman, Nabawan, Membakut dan Kawang berada di bawah BN selama tiga penggal manakala Kuala Penyu dua penggal sementara dua DUN baharu, Badau dan Pitasan adalah kubu kuat BN.

Bagi DUN Klias pula, infografik itu mencatatkan ia sebagai DUN yang kalah tipis bagi BN pada tahun 2013.

Artikel Berkaitan:

Dalam ciapan berasingan sebelum itu, Ahmad berpandangan banyak yang boleh UMNO dan BN pelajari daripada keputusan PRN Sabah pada kali ini.

Setiausaha Agung UMNO itu berkata, sama ada kawasan kalah atau menang, parti itu perlu muhasabah dan melakukan post-mortem untuk mencari punca sebenar kekalahan, juga kemenangan.

“Ada kawasan yang dijangka menang tapi kalah kerana pelbagai gangguan. Ada juga jentera yang cukup baik, ada juga mesti diperbaiki.

“Ada kalah akibat salah orang, ada juga sebab salah sendiri,” katanya menerusi Twitter peribadinya itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!