Herizal dilantik Ketua Eksekutif ISIS

Herizal Hazri
Herizal Hazri
A
A
A

SHAH ALAM - Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia mengumumkan pelantikan Herizal Hazri sebagai Ketua Eksekutif ISIS.

ISIS dalam kenyataan berkata, Herizal dikenali kerana hubungan baiknya dengan kumpulan pemikir, masyarakat sivil dan kerajaan terutamanya dalam bidang pembangunan dan demokrasi.

"Malah Herizal dikatakan pernah bekerja di 11 negara Asia termasuk Indonesia, Timor Leste, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka, Bangladesh dan Taiwan.

“Pada 2004, Herizal terlibat dalam misi pemerhati antarabangsa untuk pemilihan Presiden Afghanistan dan turut bertindak sebagai pemerhati di Pakistan, Afghanistan dan Iran.

“Herizal juga juga pernah berkhidmat sebagai ahli 'International Contact Group' untuk proses perdamaian di Mindanao, di mana beliau membantu Putrajaya untuk memudah cara bagi misi keamanan berkenaan,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!