Covid-19: Zuraida pula dikuarantin

 Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin
A
A
A

PUTRAJAYA - Selepas beberapa menteri dan ahli politik dikuarantin akibat pandemik Covid-19, kini giliran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin pula dikuarantin.

Ia berikutan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu terdedah dengan kontak rapat yang disahkan positif Covid-19.

Difahamkan, kontak rapat tersebut merupakan pembantu peribadi kepada seorang exco Kedah yang turut hadir pada program bersama Zuraida di Langkawi, Sabtu lalu.

Setiausaha politiknya, Nor Hizwan Ahmad dalam kenyataan berkata, Zuraida menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pada pagi Ahad, Zuraida hadir ke program Malaysia Urban Forum di Kuala Lumpur dan dimaklumkan pada petangnya bahawa terdapat satu kes positif Covid-19 dalam program di Langkawi tersebut," katanya.

Menurutnya, pada pagi Isnin, Zuraida sekali lagi menjalani ujian swab dan keputusannya juga negatif.

"Saya mengambil maklum keprihatinan beberapa pihak tentang status kesihatan dan keselamatan Zuraida usai berkempen di Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini," katanya.

Sebelum ini beberapa menteri dan ahli politik dikuarantin selepas pulang berkempen pada PRN Sabah.

Artikel Berkaitan:

Antaranya Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Selain itu, Pengarah Komunikasi Strategik PKR, Fahmi Fadzil turut menjalani kuarantin selepas seorang kakitangan di pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai disahkan positif Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!