Polis siasat pindaan laporan akhir audit 1MDB

Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh
Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh
A
A
A
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung pindaan yang dilakukan ke atas Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata polis telah memulakan siasatan dalam beberapa aspek iaitu penglibatan penjawat awam membentuk suatu rekod atau tulisan yang tidak betul selain pemalsuan bagi maksud hendak menipu.

Ia turut disiasat dari sudut pemalsuan berkenaan sesuatu suratan yang berupa rekod dibuat oleh seorang penjawat awam atas jawatan rasminya.

“Polis akan memanggil beberapa saksi dalam tempoh terdekat untuk memberi keterangan dan membantu siasatan berkaitan isu ini,” kata Amar Singh dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis menerima laporan berkaitan pindaan laporan akhir audit 1MDB itu semalam.
Artikel Berkaitan:


Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dalam kenyataan bertarikh 24 Nov mendedahkan bahawa Laporan Akhir Pengauditan 1MDB telah diubah, antaranya atas arahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas ketua setiausaha sulit kepada Najib, Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan semalam berkata ia telah memulakan siasatan mengenai perkara itu.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!