Trend pendaratan penyu belimbing, lipas membimbangkan

Mohd Fauzi (kiri) dan Sharum (kanan) bersama wakil syarikat swasta yang terlibat dalam aktiviti konservasi dan pemuliharaan penyu di Melaka melepaskan tiga penyu dewasa sempena majlis penghargaan dan pelepasan penyu bersama peranti Platform Transmitter Terminal (PTT), di Padang Kemunting, Pengkalan Balak.
Mohd Fauzi (kiri) dan Sharum (kanan) bersama wakil syarikat swasta yang terlibat dalam aktiviti konservasi dan pemuliharaan penyu di Melaka melepaskan tiga penyu dewasa sempena majlis penghargaan dan pelepasan penyu bersama peranti Platform Transmitter Terminal (PTT), di Padang Kemunting, Pengkalan Balak.
A
A
A

ALOR GAJAH - Trend pendaratan penyu belimbing dan lipas di Malaysia dilihat semakin membimbangkan kerana ia semakin terancam disebabkan faktor ancaman semula jadi serta manusia.

Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Sharum Yusof berkata, kali terakhir sarang penyu belimbing ditemukan ialah pada 2017 dan apa yang lebih membimbangkan, kedua-dua sarang tidak menetaskan telur.

“Ia menjadi cabaran kepada Jabatan Perikanan bagi melihat kembali bilangan populasi penyu jantan di perairan negara ini berikutan kebanyakan penyu betina hanya mendarat dan bertelur namun sekiranya tidak mengawan, telur penyu tersebut tidak akan menetas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada program penghargaan kepada jabatan kerajaan, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kemunting, Pengkalan Balak yang turut dihadiri Pengarah Perikanan Melaka Mohd Fauzi Salehon di sini malam ini.

Beliau berkata bagaimanapun bagi penyu karah, Melaka mencatat jumlah pendaratan tertinggi di Malaysia bagi spesies tersebut iaitu 548 dengan 19 lokasi dikenal pasti pada tahun lepas.

Terdahulu, turut dilepaskan pada program itu ialah 500 ekor anak penyu dan penyu karah dewasa yang dilengkapi peranti Platform Transmitter Terminal (PTT) sumbangan syarikat Sun Power Malaysia Manufacturing Sdn Bhd.

Pemasangan alat peranti itu bertujuan mendapatkan data laluan pergerakan dan migrasi penyu karah di laluan Selat Melaka selain mengetahui pemakanan dan habitat penyu berkenaan.

Dalam pada itu, Sharum berharap lebih banyak syarikat swasta dan NGO terlibat serta bekerjasama dalam aktiviti konservasi dan pemuliharaan penyu bagi menjamin kelestarian populasi haiwan tersebut di negara ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!