siri198) WACANA 800
Betul ke cikgu tak ada kerja?
02 Oktober 2020 | Wacana
A
A
A
SEJAK tular di media sosial kenyataan seorang wanita yang mempertikaikan guru tidak mengawal juga memantau pelajar selepas waktu sekolah, banyak pihak bangkit memberikan pelbagai reaksi.
Persoalan di mana guru selepas waktu sekolah, dibalas pedas NUTP dengan pertanyaan, di mana pula ibu bapa?
Benarkah cikgu-cikgu kita tak ada kerja, dan tak menjalankan tugas mereka dengan amanah? Wajarkah juga ibu bapa 'menghumban' semua beban ke atas bahu guru berkenaan hal ehwal anak-anak?
Wacana Siri 198, siaran 1 Oktober 2020 (Khamis) mengumpulkan wakil guru dan ibu bapa untuk duduk semeja dan membicarakan isu ini secara tuntas.