Budak 11 tahun nyaris maut dilanggar lari

Butiran pemilik kenderaan berkenaan telah diperolehi dan sedang dikesan.
Butiran pemilik kenderaan berkenaan telah diperolehi dan sedang dikesan.
A
A
A

PUCHONG - Seorang kanak-kanak cedera di kepala akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Taman Puchong Indah semalam.

Berdasarkan video yang dimuat naik di media sosial memaparkan orang ramai sedang mengejar kereta jenis Perodua Myvi yang dipercayai melanggar kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di persimpangan Jalan Taman Puchong Indah.

"Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa yang menunggang basikal berhenti di persimpangan lokasi, manakala pemandu Myvi berkenaan dari jalan utama telah terbabas dan melanggarnya. Mangsa cedera di kepala dibawa ke Hospital Serdang. Dia masih mendapatkan rawatan tetapi keadaannya stabil.

"Setakat ini hanya satu laporan polis yang dibuat oleh saksi yang melihat kejadian dan merakamnya. Pemandu Myvi terbabit belum membuat laporan polis berkaitan kejadian namun butiran pemilik kenderaan telah diperoleh dan sedang dikesan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!