Polis serbu premis mata wang kripto

TNB memotong bekalan elektrik di premis tersebut.
TNB memotong bekalan elektrik di premis tersebut.
A
A
A

REMBAU - Sebuah premis di Taman Gunung Tahan Utama, Kota di sini yang disyaki menjalankan aktiviti perlombongan mata wang kripto diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Rembau pagi tadi.

Ketua Polis daerah Rembau, Deputi Superintenden, Anuar Bakri Abdul Salam berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan serbuan jam 10.15 pagi selepas mendapati adanya aktiviti mencurigakan di premis tersebut.

"Serbuan itu turut dibantu kakitangan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan TNB telah memotong bekalan elektrik yang dipasang secara tidak sah, manakala polis terpaksa memecahkan pintu premis berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan ke atas premis itu mendapati, terdapat sejumlah pelayan komputer yang disyaki digunakan untuk menjalankan kegiatan mata wang kripto," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

TNB memotong bekalan elektrik di premis tersebut.
TNB memotong bekalan elektrik di premis tersebut.

Sementara itu, katanya, polis telah merampas sejumlah 48 mesin melombong Bitcoin, satu set komputer, sebuah CPU, enam exhaust fan, dua modem dan satu kad sim di premis berkenaan.

"Tiada tangkapan dilakukan setakat ini, bagaimanapun kes selanjutnya dirujuk TNB Tampin mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang sentiasa membantu pihak polis dalam menyalurkan maklumat.

Artikel Berkaitan:

"Kami amat mengalu-alukan orang awam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mata wang kripto itu dan mereka boleh menghubungi Pusat Kawalan IPD Rembau ditalian 06-685 1999," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!