Pejuang yakin pendaftaran parti diperoleh segera
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Jawatankuasa Penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Wira Amiruddin Hamzah yakin pendaftaran parti itu akan segera mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Beliau berkata, kelulusan pendaftaran Pejuang dijangka diperoleh selepas beberapa pindaan dibuat ke atas permohonan itu yang telah diserahkan kepada RoS pada 19 Ogos lepas.
"Saya telah bertemu dengan RoS pagi tadi. Saya telah dimaklumkan mengenai beberapa pindaan yang perlu dibuat ke atas permohonan pendaftaran Pejuang.
"Pindaan-pindaan itu adalah berkaitan isu-isu teknikal kecil yang akan dilakukan dengan kadar segera," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!