Bantuan kepada pelajar terkandas, perlu tempat tinggal

Tangkap layar Twitter Shahril hari ini yang menawarkan bantuan kepada mana-mana pelajar yang terkandas dan memerlukan tempat tinggal.
Tangkap layar Twitter Shahril hari ini yang menawarkan bantuan kepada mana-mana pelajar yang terkandas dan memerlukan tempat tinggal.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menawarkan bantuan kepada mana-mana pelajar yang terkandas dan memerlukan tempat tinggal susulan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu di semua institut pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.

Katanya, permohonan bantuan itu boleh dibuat dengan memberikan mesej terus kepada kakitangannya melalui akaun Twitter.

"Saya di hospital tapi boleh DM @SyedRifqi99. Dia baru start intern dengan saya dan akan urus bantuan daripada saya. Akan cuba bantu seberapa ramai yang mampu," ciapnya di Twitternya hari ini.

Terdahulu, KPT dalam satu kenyataan 27 Oktober lalu memaklumkan pihaknya telah mencadangkan kepada semua IPT menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka di kampus masing-masing yang dijadualkan bermula Oktober ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sebaliknya proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit boleh dilakukan secara dalam talian.

Isu penangguhan itu kembali panas hari ini apabila rata-rata pengguna laman sosial meluahkan perasaan marah terhadap tindakan saat akhir kerajaan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!