Syukur doa, solat hajat dimakbulkan

Rosiah Mansor, 52, (duduk kiri) bersama ibunya, Sanah Mat Nor, 81, serta adik beradik yang lain di rumahnya di Solok Terentang Kampung Jus setelah dia ditemui selamat pada jam 9.50 pagi tadi.
Rosiah Mansor, 52, (duduk kiri) bersama ibunya, Sanah Mat Nor, 81, serta adik beradik yang lain di rumahnya di Solok Terentang Kampung Jus setelah dia ditemui selamat pada jam 9.50 pagi tadi.
A
A
A

JASIN - Keluarga kepada ibu tunggal yang hilang di Solok Terentang Kampung Jus di sini bersyukur doa mereka sekeluarga agar mangsa ditemukan semula dimakbulkan tuhan.

Rosiah Mansor, 52, ditemui pada jam 9.50 pagi tadi, kira-kira dua kilometer dari lokasi rumah mangsa di di Perkampungan Orang Asli Solok Terentang, Kampung Jus di sini.

Adik mangsa, Suria Mansor, 39, berkata, pada malam semalam, seluruh ahli keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung mengadakan solat hajat di rumah ibu yang terletak bersebelahan rumah kakaknya.

Menurutnya, dia bersyukur pada paginya dia dimaklumkan tentang berita penemuan kakak biarpun seluruh ahli keluarga sedikit gusar kerana bimbang keadaan dia mungkin tercedera.

“Kami menyambut kepulangannya di rumah akhirnya lega apabila kakak yang diiringi anggota bomba berada dalam keadaan selamat.

“Kami sekeluarga amat terharu dengan usaha pasukan mencari dan menyelamat terutama anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung yang terlibat mencari kakak sejak dia dilaporkan hilang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang tadi.

Suria berkata, kakaknya Rosiah kemudiannya di hantar ke Hospital Jasin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Kami bersihkan dia sebelum dihantar ke Hospital Jasin bagi memastikan badannya berasa segar.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun kelihatan ceria namun emosi kakak tidak berapa stabil malah doktor turut menasihatkan agar keluarga tidak mengganggunya dengan pelbagai soalan buat masa ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pegawai Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Penolong Kanan Penguasa Bomba Baharom Muhd Hasim berkata, selepas menerima maklumat daripada seorang penduduk orang Asli, pasukan bomba kemudian ke lokasi bagi memastikan individu dimaksudkan itu adalah mangsa yang hilang.

“Anggota yang tiba di situ memberi salam dan bertanyakan nama kepada wanita terbabit sebelum dia memberitahu namanya Rosiah.

“Selepas pasti dia individu yang dilaporkan hilang, kami menghantarnya pulang sebelum dibawa ke hospital oleh APM," katanya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 10.30 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Rosiah masih belum ditemui

Ibu tunggal hilang ditemui selamat

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang ibu tunggal didapati hilang selepas kali terakhir dilihat ahli keluarga berada di halaman rumahnya di Lorong Kampung Orang Asli Solok Terentang, Kampung Jus, di sini, kira-kira jam 7 pagi, Sabtu lalu.

Ekoran itu, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan membabitkan sepasukan 30 anggota bomba termasuk Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM), Pasukan Pelbagai Kemahiran (MUST) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sejak jam 8 pagi Ahad lalu.

Selain Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin, turut terbabit Polis Diraja Malaysia, dan APM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!