Makan@Mesra tawar sajian premium bawah RM12

Azrul (kanan) menunjukkan antara variasi makanan yang terdapat di Makan@Mesra Stesen Petronas Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Azrul (kanan) menunjukkan antara variasi makanan yang terdapat di Makan@Mesra Stesen Petronas Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
A
A
A

STESEN Petronas Taman Setiawangsa menyediakan sudut makanan baharu atau Makan@Mesra yang menawarkan sajian premium segar, seimbang dan mudah dengan harga di bawah RM12.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (PDB), Azrul Osman Rani berkata, selari dengan konsep grab and go kemudahan baharu itu menawarkan makanan dan minuman terdiri pastri segar, pencuci mulut serta penyediaan mesin kopi dan ketuhar gelombang mikro.

Katanya, Makan@Mesra kini terdapat di tujuh stesen Petronas dan menyasarkan 15 stesen lagi dibuka sebelum hujung tahun ini.

Sebahagian kecil variasi makanan di Makan@Mesra stesen Petronas di tujuh cawangan sekitar Lembah Klang.
Sebahagian kecil variasi makanan di Makan@Mesra stesen Petronas di tujuh cawangan sekitar Lembah Klang.

“Kami mencuba konsep ini untuk pertama kali di Stesen Petronas Jalan Kolam Ayer Lama Ampang tahun lepas dan terdapat peningkatan permintaan untuk makanan on the go.

“Atas faktor itu, kami perluaskan konsep ini bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan sasaran lebih 200 Makan@Mesra dibuka pada akhir 2021,” katanya pada pelancaran Makan@Mesra di Stesen Petronas Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur kelmarin.

Dalam pada itu, Azrul berkata, selari dengan usaha mengembangkan rangkaian makanan dan minuman itu, terdapat pertambahan menu disediakan antaranya variasi sandwic, salad dengan salmon salai, ayam kung pao dengan nasi, puding roti, oat dan banyak lagi.

Makan@Mesra kini boleh didapati di Stesen Petronas Jalan Kolam Ayer, MRR2 Ampang, Cyberjaya 1, Mutiara Damansara, Kota Kemuning, Kota Damansara dan terbaru Taman Setiawangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!