Malaysia tegaskan komitmen terhadap TPNW sokong pelucutan senjata

Hishammuddin Hussein - Foto Bernama
Hishammuddin Hussein - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia menegaskan kembali komitmennya terhadap Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (TPNW) dalam membawa Negara Anggota bersama ke arah mencapai matlamat dunia bebas senjata nuklear.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun persekitaran keselamatan yang mencabar dan cabaran semasa koronavirus (Covid-19) ketika ini, kegigihan untuk pelucutan senjata mesti kekal.

"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Utama 1 Mengenai Pelucutan Senjata Nuklear pada Persidangan Kajian Semula TPNW 2020, Malaysia berharap Persidangan Kajian Semula dan persidangan terawalnya pada satu tarikh yang akan dipersetujui, akan berjaya membawa Negara Anggota ke arah mencapai matlamat dunia yang bebas daripada senjata nuklear,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hishammuddin membacakan kenyataan itu melalui rakaman video pada mesyuarat peringkat tinggi bagi memperingati dan mempromosikan Hari Penghapusan Senjata Nuklear Sedunia di New York.

Beliau berkata, status quo dunia dengan senjata nuklear tidak dapat diterima serta tidak mapan dan menjadi tanggungjawab semua untuk merealisasikan objektif dunia bebas senjata nuklear. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!