KPT perlu bayar pampasan kepada pelajar terjejas: Syed Saddiq

Syed Saddiq memuatnaik gambar slip transaksi bank membuktikan sumbangan daripada orang ramai telah disalurkan kepada pelajar dari Parlimen Muar yang terjejas dengan keputusan penangguhan pendaftaran IPT semalam.
Syed Saddiq memuatnaik gambar slip transaksi bank membuktikan sumbangan daripada orang ramai telah disalurkan kepada pelajar dari Parlimen Muar yang terjejas dengan keputusan penangguhan pendaftaran IPT semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memberikan pampasan yang berpatutan kepada mahasiswa yang terjejas susulan keputusan saat akhir penangguhan pendaftaran secara fizikal dan bersemuka pelajar IPT.

Beliau menerusi video pendek di Facebooknya memberitahu, keselamatan mahasiswa harus diutamakan namun ia tidak menghalalkan polisi 'u-turn demi u-turn' yang dibuat KPT sehingga menjejaskan kebajikan mahasiswa.

"Apa nasib mahasiswa dari Sabah dan Sarawak, apa nasib mahasiswa yang sudah membayar deposit rumah, bagaimana dengan mereka yang sudah membayar tiket bas, tol... datang, tiba-tiba perlu dipulangkan semula.

"Mereka wajar dapat pembelaan sewajarnya dan pampasan secukupnya mesti diberikan kepada mereka," katanya.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, kerajaan tidak boleh lupa kebajikan terhadap mahasiswa yang terjejas ini dan kerana kegagalan yang berlaku mereka perlu bertanggungjawab.

Sementara itu, Syed Saddiq juga antara yang terawal menggerakkan inisiatif untuk membantu mahasiswa yang terjejas susulan pengumuman saat akhir oleh KPT.

Beliau dilihat mengumpul dana atau sumbangan bagi membantu mahasiswa dari Parlimen Muar yang terkandas di luar negeri dan tiada tempat berteduh.

Inisiatif yang digerakkan dengan slogan #MUDAjagaMuar itu mendapat sambutan baik dan Syed Saddiq turut memuat naik gambar resit-resit slip transaksi bank yang telah disalurkan kepada pelajar-pelajar yang terjejas.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, selesai menyalurkan sumbangan untuk siswa yang terkesan dari Parlimen Muar. Kebajikan anda denyut nadi kami," tulisnya di Facebook hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!