Lelaki lemas terjatuh dalam kolam ketika siram tanaman

Pihak bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang lelaki selepas terjatuh dalam kolam di Parit Sameon, Kota Dalam, Ayer Hitam, Batu Pahat hari ini.
Pihak bomba melakukan kerja-kerja mencari dan menyelamat seorang lelaki selepas terjatuh dalam kolam di Parit Sameon, Kota Dalam, Ayer Hitam, Batu Pahat hari ini.
A
A
A

BATU PAHAT - Rutin harian seorang lelaki menyiram tanamannya berakhir tragedi apabila terjatuh dalam kolam di Parit Sameon, Kota Dalam, Ayer Hitam dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 1.59 petang, Maniaresan, 54, dikatakan tergelincir dalam kolam tanpa disedari ahli keluarganya.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Ketua Operasi, Penguasa Bomba Kanan II Shalneeraj Abdullah berkata, mangsa terjatuh ke dalam kolam berukuran 80x80 kaki persegi.

"Mangsa dipercayai terjatuh ketika mencampak hose ke dalam kolam untuk membekalkan air pada tanaman.

"Pihak bomba membuat teknik surface searching menggunakan grap plingiron di sekitar kawasan kolam untuk mencari mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa berjaya ditemui kira-kira dua jam kemudian pada jarak hampir dua meter dari tebing kolam.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan yang hadir sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat itu ditamatkan pada jam 4.35 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!