Chelsea berpesta gol belasah Crystal Palace

Chilwell menyumbat gol pertama Chelsea ketika menentang Crystal Palace di Stamford Bridge sebentar tadi.
Chilwell menyumbat gol pertama Chelsea ketika menentang Crystal Palace di Stamford Bridge sebentar tadi.
A
A
A

Chelsea melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Crystal Palace dengan kemenangan besar 4-0 di Stamford Bridge sebentar tadi.

Selepas buntu memecahkan kebuntuan gol dalam tempoh 45 minit pertama perlawanan, Chelsea akhirnya berjaya memperoleh gol sulung menerusi jaringan pemain baharu, Ben Chilwell pada minit ke-50.

Gol tersebut nyata membakar semangat anak-anak buah Frank Lampard untuk terus menambah jaringan sebelum Kurt Zouma meledak gol kedua The Blues pada minit ke-66.

Chelsea semakin selesa di depan apabila Jorginho menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-78. Sepakan penalti itu berpunca apabila penyerang Chelsea, Tammy Abraham dijatuhkan pertahanan kiri Palace, Tyrick Mitchell.

Berselang empat minit kemudian, Jorginho sekali lagi mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas tonggak pertahanan Palace, Mamadou Sakho mengasari Kai Havertz.

Selepas mengharungi empat perlawanan, The Blues mengumpul tujuh mata hasil daripada dua kemenangan, seri sekali dan satu kekalahan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!