Lori tangki terbalik: Lorong laju lebuh raya dibuka sementara
BENTONG - Lorong laju laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dari Kilometer (KM) 43.2 dekat Bukit Tinggi di sini telah dibuka sementara kira-kira jam 6.46 pagi tadi untuk memberi laluan kepada pengguna lebuh raya terbabit.
Menurut kenyataan media dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Anih Berhad, laluan itu dibuka susulan insiden sebuah lori tangki tertumpah muatan bahan kimia pada malam tadi.
"Kerja pembersihan dan pemantauan masih giat dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan keselamatan pengguna.
"Pihak syarikat menasihatkan pengguna untuk terus mematuhi arahan petugas di lokasi," kata kenyataan itu.
Katanya, untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh mengikuti informasi terkini di laman rasmi media sosial ANIH Berhad di twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur atau menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!