Mangsa sempat hantar kad jemputan kahwin

Abdul Hamid dilihat tenang cuba menenangkan salah seorang ahli keluarganya yang berada di Bilik Forensik Hospital Serdang sementara menunggu untuk menuntut jenazah Norwahidah.
Abdul Hamid dilihat tenang cuba menenangkan salah seorang ahli keluarganya yang berada di Bilik Forensik Hospital Serdang sementara menunggu untuk menuntut jenazah Norwahidah.
A
A
A

SERDANG - "Kali terakhir kami bertemu dia pada 13 Januari lalu. Semasa dia datang bagi kad jemputan," itu kata salah seorang rakan kepada allahyarham Norwahidah Abdul Hamid, 28, mangsa yang maut dalam insiden kebakaran rumah.

Enggan namanya dikenali, dia yang hanya mengetahui kejadian menyayat hati rakannya itu menerusi WhatsApp berkata, arwah masa itu datang sendirian untuk menyerahkan kad jemputan kahwinnya.

Menurutnya, masa itu dia kelihatan gembira sahaja sebelum terus beredar.

"Norwahidah (arwah) datang jumpa ke pejabat saya kira-kira jam 4 petang di Putrajaya bagi kad kahwinnya.

"Tak ada tanda-tanda pelik pun masa tu, dia nampak gembira saja," katanya ringkas ketika ditemui Sinar Harian di Bilik Forensik Hospital Serdang, di sini, hari ini.

Sementara itu, bapa arwah, Abdul Hamid ketika ditemui enggan mengulas lanjut berhubung insiden menimpa anaknya itu.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Forensik Hospital Serdang.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan Bilik Forensik Hospital Serdang.

"Buat masa ini saya belum bersedia untuk memberi sebarang kenyataan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Namun, dia memaklumkan bahawa jenazah anaknya itu akan dibawa ke kampung halamannya di Perlis kira-kira jam 10 malam ini sebelum dikebumikan esok.

Bapa arwah kemudiannya dilihat meninggalkan pekarangan bilik forensik untuk menunaikan solat Maghrib.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, semalam, mangsa dikenali sebagai Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan isterinya Norwahidah, kedua-duanya penjawat awam yang bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Vista, Salak Tinggi, Sepang.

Jenazah Wan Mohd Baharul Nizam ke akan di bawa ke Felda Tenang, Besut untuk dikebumikan dan Norwahidah, di Kangar, Perlis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!