Pembantu Marin ditipu sindiket pinjaman wang tak wujud

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang Pembantu Marin kerugian RM6,600 selepas terpedaya dengan sindiket pinjaman tidak wujud pada minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 33 tahun mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang menawarkan pinjaman sebanyak RM20,000.

Menurutnya, mangsa turut ditawarkan kadar bayaran balik sebanyak RM400 selama 60 bulan.

"Mangsa yang berminat dengan tawaran itu diminta membuat bayaran wang proses untuk mendapatkan wang pinjaman.

"Pada 29 September, mangsa telah memasukkan wang ke dalam dua akaun berbeza sebanyak RM6,600 melalui tiga transaksi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, mangsa syak ditipu selepas individu terbabit meminta lagi bayaran sebanyak RM6,000 sebelum tampil membuat laporan polis.

"Siasatan awal mendapati terdapat empat laporan polis berkaitan suspek yang menggunakan modus operandi sama untuk menipu mangsa.

"Polis telah merakam percakapan mangsa dan kini sedang mengesan suspek yang dipercayai seorang wanita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan atau denda, jika sabit kesalahan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!