Kemasukan penuntut asing ditangguh hingga 31 Disember ini

Semua kemasukan penuntut asing baharu dan sedia ada termasuk yang sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen ditangguhkan hingga 31 Disember ini. - Foto Bernama
Semua kemasukan penuntut asing baharu dan sedia ada termasuk yang sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen ditangguhkan hingga 31 Disember ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua kemasukan penuntut asing baharu dan sedia ada termasuk yang sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Imigresen ditangguhkan hingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penangguhan itu selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal dan bersemuka pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020.

"Jabatan ini juga difahamkan bahawa KPT sudah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar antarabangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lalu, KPT dilaporkan meminta semua IPT menangguh pendaftaran baharu serta pengajian secara fizikal dan bersemuka penuntut masing-masing susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes koronavirus (Covid-19) di negara ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!