Tangguh kemasukan pelajar asing IPT

Gambar hiasan. - Gambar kecil: kKhairul Dzaimee
Gambar hiasan. - Gambar kecil: kKhairul Dzaimee
A
A
A

SHAH ALAM - Semua kemasukan baru pelajar asing, sedia ada dan termasuk yang sudah mendapat kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini akan ditangguhkan sehingga 31 Disember 2020.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penangguhan ini selaras dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertarikh 2 Oktober lalu yang menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal atau bersemuka pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kemasukan Oktober 2020.

“Jabatan ini juga difahamkan KPT telah berunding dengan syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula penerbangan pelajar antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, KPT memaklumkan keputusan penangguhan pendaftaran dan pengajian secara fizikal atau bersemuka pelajar adalah perlu demi kesejahteraan dan keselamatan semua pihak susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!