Perkhidmatan Celcom alami gangguan
KUALA LUMPUR - Pelanggan Celcom di beberapa kawasan di seluruh negara mungkin berhadapan dengan masalah gangguan perkhidmatan data dan panggilan disebabkan isu teknikal yang dihadapi ketika ini.
Celcom dalam catatan di Facebook dan Twitter rasminya hari ini memberitahu, pasukan teknikalnya sedang bekerja keras untuk menyelesaikan isu berkenaan dan mengembalikan perkhidmatannya secepat mungkin.
"Kami benar-benar memohon maaf terhadap kesulitan yang dialami. Kami sedang berusaha mengatasi isu ini secepat mungkin.
"Kami beri jaminan, akan terus berusaha meningkatkan perkhidmatan rangkaian kami dari semasa ke semasa untuk kemudahan pelanggan,” menurut kenyataan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!