Johor Tigris tekad tampil lebih garang

Pemain Johor Tigris meraikan kejayaan ketika mengatasi PDRM Defenders semalam.
Pemain Johor Tigris meraikan kejayaan ketika mengatasi PDRM Defenders semalam.
A
A
A

Pemain Johor Tigris diharap tampil lebih garang pada aksi di minggu keempat nanti dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan dalam saingan Divisyen Premier Liga Sepak Takraw (STL) 2020.

Penolong Pengurusnya, Zuraimi Halim berkata, biarpun berjaya menewaskan PDRM Defenders 24-25, 21-18 dan 21-6 semalam persembahan pemainnya dilihat agak sedikit terganggu.

Justeru menurutnya, kelemahan berkenaan akan diperbaiki agar pemain lebih bersedia untuk mengharungi cabaran minggu keempat nanti.

"Pemain dilihat agak terganggu terutamanya daripada segi prestasi. Mungkin disebabkan faktor kecederaan yang menyebabkan Johor Tigris agak kurang menyerlah minggu ini.

"Oleh itu harapan kami akan lebih bersedia untuk aksi di minggu keempat nanti, di mana kami bakal bertemu dengan Negeri Sembilan Antlers," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kemenangan Johor Tigris itu secara tidak langsung menebus kekalahan 21-10, 15-21, 22-24 kepada KL Thunder pada perlawanan sebelum ini.

Sementara itu, Zuraimi berkata, tempoh seminggu nanti akan digunakan bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan pemain agar lebih bersedia untuk mengharungi aksi di minggu keempat nanti.

Katanya, aksi di minggu keempat pasti lebih mencabar dengan kesemua pasukan akan cuba memberikan aksi terbaik masing-masing.

Artikel Berkaitan:

"Kita meramalkan aksi di minggu keempat akan lebih mencabar. Oleh itu, kita harap pemain kita akan lebih bersedia," katanya.

Sementara itu dalam satu lagi aksi, Negeri Sembilan Antlers turut mencatatkan kemenangan dengan menewaskan Selangor Pistons 21-12, 21-6.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!