Kereta dipandu tiba-tiba terbakar
SETIU - Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Kampung Sungai Tong Setiu, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu kereta jenis Perodua Viva dipandu Hazizan Ismail, 58, yang dalam perjalanan dari Machang, Kelantan menuju ke rumahnya di Pahang hangus sepenuhnya.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, mangsa mengesan api di bahagian hadapan keretanya lalu segera menghentikan kenderaannya itu sebelum menyelamatkan diri.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Wan Ghazali Wan Hussin berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian berkenaan.
"Kami mengambil masa lebih kurang lima minit untuk memadamkan kebakaran dan kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!