Arteta tabik sumbangan Pepe

Pepe ketika meraikan jaringan gol kedua Arsenal semasa melayan kunjungan Sheffield United di Stadium Emirates.
Pepe ketika meraikan jaringan gol kedua Arsenal semasa melayan kunjungan Sheffield United di Stadium Emirates.
A
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta memuji persembahan bertenaga dipamerkan Nicolas Pepe ketika pemain bintang Ivory Coast menjaringkan gol penting bagi membolehkan The Gunners menewaskan Sheffield United 2-1 pada aksi di Stadium Emirates.

Arsenal yang tampil dengan semangat juang tinggi selepas tewas 1-3 kepada Liverpool pada perlawanan sebelumnya bagaimanapun berdepan kesukaran menembusi keampuhan pertahanan The Blades kendalian Chris Wilder pada babak pertama.

Bagaimanapun pada babak kedua, tuan rumah tampil lebih garang apabila meledak dua gol pantas dalam masa tiga minit sekali gus membunuh permainan Sheffield United bermula dengan gol daripada Bukayo Saka pada minit ke-61 diikuti Pepe minit ke-64 yang dimasukkan pada separuh masa kedua.

Biarpun begitu The Blades kendalian tidak mudah mengalah merapatkan jurang hasil jaringan David McGoldrick pada minit ke-83 untuk kedudukan 2-1.

Mengulas prestasi Pepe, Arteta yakin pemain berusia 27 tahun itu akan memberi impak besar musim ini tetapi memberi amaran bahawa bekas pemain kelab Ligue 1 Perancis, Lille berkenaan perlu konsisten sekiranya mahu membarisi kesebelasan utama The Gunners.

"Sejujurnya, saya gembira dengan prestasi dipamerkan Pepe dalam perlawanan ini terutamanya ketika membantu kelab ini meraih tiga mata.

"Biarpun Pepe bukan pemain yang sering membarisi kesebelasan utama pasukan, namun saya sering memberikan nasihat kepadanya untuk menggunakan setiap peluang untuk memberikan impak kepada pasukan, dan inilah yang dibuktikannya pada perlawanan ini.

"Sumbangan pada hari ini adalah antara kemajuan yang berjaya dibuktikan Pepe, jadi saya amat berharap beliau dapat meneruskannya dengan lebih konsisten membantu kelab untuk meraih lebih banyak kejayaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!