Bahan buangan, sebatian organik punca pencemaran air

Bahan buangan dan sebatian organik yang ditemui di lokasi. - Foto KASA
Bahan buangan dan sebatian organik yang ditemui di lokasi. - Foto KASA
A
A
A

PUTRAJAYA - Bahan buangan dan sebatian organik tersisa dikenal pasti sebagai punca utama pencemaran air yang menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak semalam.

Bahan berkenaan dijumpai di kawasan belukar di Jalan Emas, Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan.

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam kenyataannya berkata, sisa buangan haram yang berbau busuk itu disyaki diuruskan oleh syarikat tidak berdaftar.

Menurutnya, siasatan polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan merujuk kepada penemuan di kawasan itu sebagai sumber sekunder.

"Pengurusan Air Selangor masih belum dapat memulihkan bekalan kerana kesan bau yang masih kuat iaitu tujuh hingga lapan ton," katanya.

Tinjauan dilakukan di kawasan pembuangan bahan buangan dan sebatian organik tersisa untuk tindakan seterusnya.
Tinjauan dilakukan di kawasan pembuangan bahan buangan dan sebatian organik tersisa untuk tindakan seterusnya.

Bagaimanapun katanya, pihak terbabit sedang berusaha untuk memulihkan bekalan secepat mungkin apabila kesan bau

dapat dikurangkan kepada sifar ton.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sampel tanah sudah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia manakala Majlis Bandaraya Seremban dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) membersihkan sisa pukal di lokasi tersebut hari ini.

Kenyataan itu turut menyebut kawasan pembuangan sisa organik terbabit dikawal rapi oleh JAS dan polis.

Sekurang-kurangnya 274 kawasan terjejas akibat insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih, Selangor sejak semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: LUAS kesan bau bangkai di Sungai Pajam

Empat daerah berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!