Pasar, lokasi tumpuan awam di Kubang Pasu ditutup

Kenyataan MPKP membabitkan arahan beberapa lokasi tumpuan awam di Kubang Pasu ditutup sementara dan dihentikan operasi perniagaan selama tiga hari.
Kenyataan MPKP membabitkan arahan beberapa lokasi tumpuan awam di Kubang Pasu ditutup sementara dan dihentikan operasi perniagaan selama tiga hari.
A
A
A

ALOR SETAR - Beberapa lokasi tumpuan awam di Kubang Pasu ditutup sementara dan dihentikan operasi perniagaan selama tiga hari bagi mencegah penularan wabak koronavirus (Covid-19) berkuatkuasa hari ini.

Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dalam satu kenyataan memaklumkan, Pasar Besar Jitra, Gerai Pasar Besar Jitra (terbuka dan tertutup), Gerai Buah-buahan PJ2, Pasar Pagi PJ2, Perhentian Bas PJ2 dan Tandas Awam PJ2 ditutup bermula 5 Oktober jam 5 petang hingga 8 Oktober 2020 jam 12 tengah malam.

Menurutnya, pengunjung tidak dibenarkan berkunjung ke lokasi berkenaan dan semua peniaga diminta menghentikan operasi perniagaan di kawasan itu.

"Arahan berkenaan diambil kira atas faktor kesihatan dan keselamatan peniaga serta orang ramai bagi mencegah penularan Covid-19 dengan lebih meluas.

"Orang ramai dimohon agar mematuhi arahan terbabit sebagai langkah membendung penularan dengan lebih berkesan," katanya.

Menurutnya, penguatkuasaan dan tindakan boleh diambil mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan bagi mereka yang ingkar.

"Tindakan penguatkuasaan boleh dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia menurut kuasa bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-Peraturan di bawahnya, Akta Polis 1967 (Akta344) serta undang-undang kecil MPKP," katanya.

Sehingga semalam, Kedah mencatatkan pertambahan 113 kes baharu positif Covid-19 membabitkan Kluster Tembok sebanyak 112 kes manakala Kluster Bah Rose bertambah satu kes.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!