Tiada sekatan perjalanan terhadap penjawat awam Pahang

Dr Sallehuddin Ishak
Dr Sallehuddin Ishak
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang tiada mengeluarkan arahan sekatan perjalanan keluar negeri kepada penjawat awamnya, seperti yang tular di media sosial WhatsApp hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, arahan itu tidak pernah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Pahang yang kononnya berlangsung hari ini, seperti didakwa dalam pesanan yang tular tersebut.

“Kerajaan negeri masih belum memutuskan perkara tersebut,” katanya ringkas kepada Bernama di sini hari ini.

Mesej tersebut didapati tular hari ini mendakwa arahan sekatan itu antara lain turut melibatkan perjalanan bagi menghadiri kursus dan mesyuarat, yang kononnya boleh dilakukan secara dalam talian sebagai alternatif kepada penjawat awam terlibat.

Mesej itu juga mendakwa arahan tersebut berkuat kuasa serta-merta sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!