Dua budak mati lemas di kolam tadahan air

Mangsa dua kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas di kolam tadahan air hujan di Taman Sutera, Kajang, petang tadi. - Foto Bomba
Mangsa dua kanak-kanak meninggal dunia akibat lemas di kolam tadahan air hujan di Taman Sutera, Kajang, petang tadi. - Foto Bomba
A
A
A

KAJANG - [DIKEMASKINI] Dua beradik ditemui mati dipercayai lemas dalam kolam tadahan air hujan di Jalan Cheras Prima, Taman Sutera, di sini petang tadi.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Nur Farisa Irdina Ruzilah, 10, dan abangnya Muhamad Rayyan Ikram Ruzilah, 8, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian itu pada jam 5.05 petang sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati dua mangsa dibawa naik oleh orang awam. Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan.

“Bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya hari ini.

Mayat dua kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!