'Kerajaan buat silap tidak wajibkan kuarantin dari Sabah'

Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan membuat keputusan yang salah apabila tidak mewajibkan saringan dan kuarantin bagi individu yang pulang dari Sabah sebelum 27 September.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, keputusan tersebut tidak betul tanpa berasaskan bukti dan sains perubatan.

Sehubungan itu, beliau menudung jari kepada Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas keputusan tersebut.

"Kes @drzul_albakri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) adalah bukti paling kukuh.

"Ia adalah keputusan salah.

"Malah saya berpandangan bahawa keputusan @IsmailSabri60 membenarkan mereka yang pulang dari Sabah mulai 27 September dan ujian negatif di KLIA, KLIA2 untuk potong gelang merah jambu, juga adalah keputusan yang tidak berasaskan fakta sains perubatan dan tidak betul," katanya di Twitter malam tadi.

Semalam Dr Zulkifli disahkan positif Covid-19 dan difahamkan berada di Sabah pada 24 September lalu untuk menghadiri beberapa program.

Di Twitter, warganet mempersoalkan tindakan Menteri Agama itu yang tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!