Covid-19 sesekali boleh tersebar melalui udara: CDC

Beberapa jangkitan boleh disebarkan dengan cara terdedah kepada virus daripada titisan kecil dan zarah-zarah yang dapat bertahan lama di udara selama beberapa minit hingga berjam-jam.
Beberapa jangkitan boleh disebarkan dengan cara terdedah kepada virus daripada titisan kecil dan zarah-zarah yang dapat bertahan lama di udara selama beberapa minit hingga berjam-jam.
A
A
A

WASHINGTON - Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pada semalam mengeluarkan panduan terkini yang menyatakan koronavirus (Covid-19) kadangkala boleh tersebar melalui penularan udara, lapor agensi berita Sputnik.

"Beberapa jangkitan boleh disebarkan dengan cara terdedah kepada virus daripada titisan kecil dan zarah-zarah yang dapat bertahan lama di udara selama beberapa minit hingga berjam-jam.

"Virus ini mungkin menjangkiti individu yang jaraknya lebih daripada enam kaki dari orang yang dijangkiti atau setelah individu itu meninggalkan ruang tersebut," kata kenyataan itu.

CDC berkata, penularan melalui udara lebih cenderung berlaku di ruang tertutup dengan pengudaraan yang tidak mencukupi.

Amerika Syarikat telah melaporkan lebih daripada 7.4 juta kes dan hampir 210,000 kematian berkaitan virus pada semalam, menurut data yang dikumpul oleh John Hopkins University. - Bernama

Artikel Berkaitan: