Guardian lancar stor konsep baharu

Lauridsen (tengah) bersama kakitangan stor Guardian Suria KLCC, Kuala Lumpur berwajah baharu yang dilancarkannya Jumaat lalu.
Lauridsen (tengah) bersama kakitangan stor Guardian Suria KLCC, Kuala Lumpur berwajah baharu yang dilancarkannya Jumaat lalu.
A
A
A

STOR utama Guardian Malaysia di Suria KLCC di sini diberi wajah baharu bagi mengukuhkan lagi posisinya sebagai destinasi farmasi, kesihatan dan kecantikan nombor satu di ibu negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty, Asia Tenggara, Soren Lauridsen berkata, Guardian Suria KLCC sangat istimewa kerana ia merupakan stor utama Guardian Malaysia yang memberi perkhidmatan kepada jutaan pelanggan di pusat membeli-belah bertaraf dunia sejak tahun 1998.

“Ia telah membangun menjadi stor nombor satu kami dari segi jualan dan merupakan stor terbesar dalam rangkaian stor kami serta menetapkan standard stor Guardian di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Guardian Suria KLCC yang diubah suai dan dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-53 Guardian di Malaysia di Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Katanya, stor konsep baharu itu mencerminkan sasaran Guardian untuk berkembang melangkaui jangkaan pelanggan.

Menurutnya, sebagai peneraju dalam farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit, Guardian Malaysia telah memberi respon pantas kepada perubahan dengan tawaran ‘Nilai Terbaik’ setiap hari untuk barangan keperluan harian pelanggan dan membawakan trend Kecantikan & Jenama yang terkini dari seluruh dunia.

“Objektif utama kami adalah untuk mewujudkan amalan-amalan terbaik dalam industri peruncitan, menghubungkan pelanggan kami dengan produk dan membantu mereka memilih produk tepat dengan nilai hebat.

Sementara itu, Lauridsen berkata, bagi meraikan ulang tahun ke-53, Guardian Malaysia melancarkan peraduan Sambutan Ulangtahun Fit & Fab.

Artikel Berkaitan:

Katanya, banyak hadiah hebat menanti para pelanggan yang menyertai Cabaran #GuardianFITnFAB di TikTok yang berlangsung pada 16 Oktober sehingga 15 November.

“Hadiah-hadiah termasuk sebuah iPhone 11 Pro Max untuk pemenang utama, pengering rambut Dyson Supersonic untuk video Paling Kreatif, SONY PlayStation 4 untuk Video Paling Comel dan baucar Guardian bernilai RM500 setiap seorang," katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati di Facebook Guardian Malaysia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!