Tengku Hassanal tak banyak ragam: Jururawat istana

Pathma
Pathma
A
A
A

KUANTAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah seorang yang tidak banyak ragam dan tidak kuat menangis semasa masih bayi.

Jururawat istana, Datin Pathma Ramanathan berkata, kehadiran cahaya mata lelaki pertama Al Sultan Abdullah Riayatuddin Almustain Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut gembira seluruh warga istana sehingga ada yang menitiskan air mata.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada Istiadat Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar semalam. - Foto Bernama
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada Istiadat Pemasyhuran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang di Balairung Seri, Istana Abu Bakar semalam. - Foto Bernama

Menurutnya, beliau bertanggungjawab menjaga Tunku Azizah di istana sejak hari pertama disahkan mengandung sehinggalah genap sembilan bulan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk melahirkan.

“Tengku Hassanal seorang bayi yang sangat sempurna, elok rupa parasnya, mudah dijaga dan sangat baik.

"Baginda tak banyak ragam, kurang menangis, katanya yang turut ada bersama-sama Tunku Azizah ketika baginda melahirkan semua zuriat baginda.

Jelasnya, ketika Tunku Azizah hamil, mereka yang menjaga baginda bekerja tiga shif, siang dan malam sehingga sembilan bulan 10 hari.

"Bukan Tengku Hassanal sahaja, tetapi kesemua anakanda Tunku Azizah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bercerita kepada Sinar Harian, beliau menyingkap kenangan berkhidmat di HTAA sebagai jururawat terlatih sejak 1975 selepas tamat kursus di Australia.

Beliau kemudiannya ditugaskan untuk berkhidmat dengan keluarga diraja bermula dari Tengku Ampuan Besar Pahang, Tengku Ampuan Afzan sehinggalah kepada Tunku Azizah dan anakanda-anakanda baginda

“Ertinya saya berkhidmat sehingga empat generasi, menjaga bayi-bayi serta baginda dengan berulang alik dari rumah di Jalan Haji Junid dan istana. Sebelum itu saya tingggal di Pekan,” katanya.

Pathma berkata, Tunku menghidapi kesusahan untuk mengandung dan oleh sebab itu pasukan jururawat sangat berhati-hati menjaga baginda Tunku Azizah dan setiap kandungan sihat sehingga dilahirkan.

“Tunku Azizah juga alami alahan seperti ibu mengandung yang lain tapi agak teruk. Ketika Tunku diuji dengan keguguran, baginda sangat penyabar dan kuat.

“Baginda kuat sembahyang dan berdoa. Itu yang saya tengok. Saya sangat menghormati dan menjunjung keperibadian Tunku Azizah. Baginda juga sangat menghormati orang lain walaupun kami sekadar jururawat sahaja,” katanya.

Beliau melahirkan rasa gembira dan berbangga dengan pemasyhuran Tunku Azizah dan Tengku Hassanal, sekaligus pelantikan sebagai Pemangku Raja Pahang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!