Israel lancar serangan ke atas Gaza

Gambar fail menunjukkan satu serangan udara ke atas kumpulan Jihad Islam di bandar Gaza. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan satu serangan udara ke atas kumpulan Jihad Islam di bandar Gaza. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMUQADDIS - Israel melancarkan satu serangan tentera semalam ke atas kedudukan pergerakan Hamas di Gaza selepas para pejuang Palestin melepaskan tembakan roket, kata tentera negara Yahudi itu.

Bagaimanapun, pihak tentera tidak melaporkan tentang kecederaan atau kematian menyatakan roket tersebut menyasarkan kawasan selatan Israel yang mana siren kecemasan dibunyikan bagi memberi amaran tentangan serangan tersebut.

Menurut laporan sumber-sumber keselamatan Palestin, serangan tentera Israel itu hanya melibatkan kerosakan material di Rafah, selatan Gaza.

Tidak ada pengakuan dibuat berhubung serangan roket melepasi sempadan dari Genting Gaza yang ditadbir oleh Hamas.

Serangan roket yang terakhir secara kebetulan berlaku pada 15 September lalu iaitu pada hari perjanjian menormalkan hubungan antara Israel dengan dua buah negara Teluk diadakan di Washington, Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, negara Yahudi itu kemudian melancarkan serangan balas udara pada hari tersebut.

Sebelum ini, satu gencatan senjata dengan Qatar menjadi pengantara kemudian diadakan sejak serangan tersebut berlaku.

Tentera Israel sebelum ini melancarkan serangan bom hampir pada setiap hari di Gaza sejak 6 Ogos lalu sebagai tindak balas terhadap serangan roket dan belon dari Gaza. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!