Covid-19: 39 kes positif, satu zon merah di Selangor

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan terdapat satu daerah di negeri ini menjadi zon merah iaitu Klang.
Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan terdapat satu daerah di negeri ini menjadi zon merah iaitu Klang.
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor mencatatkan 39 kes baharu Covid -19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,451 kes.

Selangor Task Force Covid-19 menerusi kenyataan di Facebook rasmi memaklumkan daerah Klang diisytihar sebagai zon merah.

"Selangor merekodkan 232 kes aktif iaitu individu yang boleh menjangkiti orang lain dan 126 kes melibatkan individu yang mendapat jangkitan di negeri lain.

"Daerah Klang hari ini menjadi zon merah setelah mencatatkan sebanyak 17 kes baharu menjadikan kes yang sedang dirawat sebanyak 71 kes manakala kes import jangkitan tempatan sebanyak 23 kes," katanya.

Katanya, Malaysia pula mencatatkan rekod tertinggi dalam sejarah sejak pandemik Covid-19 iaitu 691 kes baru dengan 688 jangkitan tempatan.

"Melandaikan keluk pandemik menjadi matlamat warga negeri Selangor.

"Usaha pelandaian keluk pandemik ini memerlukan kita untuk menjaga penjarakan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka serta kerap membersihkan tangan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!