Tahun Baharu Cina lebih bermakna

Ang pau diberikan kepada semua penghuni rumah warga emas Bethell Hill.
Ang pau diberikan kepada semua penghuni rumah warga emas Bethell Hill.
A
A
A

KUALA NERANG - Sumbangan Ang Pau Gong Xi Fa Chai 2019 di Rumah Warga Emas Bethell Hill, dekat sini pada Isnin lalu bertujuan untuk meraikan penghuninya yang majoriti sudah tidak mempunyai waris lagi.

Ketua Komuniti Masyarakat Cina Kuala Nerang, Ong Keen Tong berkata, seramai 14 penghuni tersebut kini bergantung sepenuhnya kepada ihsan penduduk setempat dan NGO yang memberikan sumbangan pada setiap bulan.

Ong Keen Tong
Ong Keen Tong

Menurutnya, program sumbangan oleh pihaknya itu adalah salah satu usaha meraikan golongan tersebut agar tidak rasa keseorangan.

Kim Moy (berdiri) memberikan layanan yang baik kepada semua penghuni rumah penjagaan tersebut.
Kim Moy (berdiri) memberikan layanan yang baik kepada semua penghuni rumah penjagaan tersebut.

"Sempena Tahun Baharu Cina ini, program ini adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Kami juga mahu mendidik masyarakat agar tidak melupakan warga emas malah perlu sensitif kepada keperluan mereka terutamanya kepada mereka yang sudah tinggal sebatang kara.

"Kami harapkan agar sumbangan seumpama ini dapat menceriakan mereka dan semoga akan ada lagi pihak luar atau NGO yang akan sudi untuk terus menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka pada masa hadapan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Tze Min (berdiri tengah) bergambar bersama warga emas dan pemimpin daerah Padang Terap yang turut menghadiri program tersebut.
Tze Min (berdiri tengah) bergambar bersama warga emas dan pemimpin daerah Padang Terap yang turut menghadiri program tersebut.

Artikel Berkaitan:

Keen Tong berkata, pihaknya turut menghargai kunjungan Exco Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sumber Tenaga Manusia dan Alam Sekitar, Simon Tze Min yang turun menyempurnakan penyampaian sumbangan tersebut.

Menurutnya, Tze Min juga sempat beramah mesra dengan semua penghuni termasuk meninjau rumah penjagaan warga emas itu yang memerlukan perhatian dan bantuan terutamanya dalam pembinaan bangunan baharu.

Tze Min melihat sendiri bilik kecil yang diduduki oleh penghuni di rumah penjagaan itu.
Tze Min melihat sendiri bilik kecil yang diduduki oleh penghuni di rumah penjagaan itu.

"Saya difahamkan oleh warden, Low Kim Moy bahawa rumah penjagaan yang dibina kira-kira hampir 70 tahun lalu sudah tidak sesuai diduduki kerana panas disebabkan oleh perubahan cuaca pada hari ini.

"Sebanyak RM500,000 diperlukan untuk membina bangunan baharu di tapak baharu yang terletak di sebelah rumah penjagaan ini yang boleh menempatkan sehingga 18 penghuni dalam satu-satu masa dengan lebih selesa," katanya.

Tze Min ketika ditemui media berkata, beliau akan melihat apa jenis bantuan yang boleh dibantu kerajaan negeri dan pada waktu sama berharap akan ada pihak yang akan tampil untuk membantu dalam pembinaan bangunan baharu rumah penjagaan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!