Kuching FA teruja penampilan sulung TM Piala Malaysia

Pemain Kuching FA meraikan kejayaan menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) II 2-1 di Stadium Negeri sekali gus mengesahkan status ke saingan TM Piala Malaysia musim ini. Foto: Kuching City FC
Pemain Kuching FA meraikan kejayaan menewaskan Johor Darul Takzim (JDT) II 2-1 di Stadium Negeri sekali gus mengesahkan status ke saingan TM Piala Malaysia musim ini. Foto: Kuching City FC
A
A
A

KUCHING FA tidak gentar berdepan lawan yang lebih kuat pada saingan TM Piala Malaysia selaku kelab baharu dalam kempen piala berprestij bola sepak negara itu nanti, kata Penolong Jurulatihnya, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah.

“Walaupun belum pernah ada pengalaman dalam Piala Malaysia ditambah pula bersaing dengan pasukan-pasukan ternama, itu bukan penghalang bagi pasukan kami untuk memberi saingan sengit,” katanya.

Ahmad Nurfaizal berkata, kejayaan Kuching FA menempatkan diri mereka dalam kelompok lapan pasukan teratas Liga Premier adalah pencapaian yang amat memberangsangkan dan menambah semangat pemainnya untuk bekerja lebih keras lagi dalam saingan TM Piala Malaysia.

Katanya kejayaan itu adalah hasil disiplin tinggi dalam kalangan pemain serta pihak pengurusan pasukan yang saling bekerjasama dengan pasukan.

“Pemain-pemain kita bermain sebagai satu pasukan, kita bertahan sebagai satu pasukan dan kita juga menyerang sebagai satu pasukan. Itulah rahsia kejayaan pasukan kita,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!