Acryl Sani sahkan dua pegawai kanan ditahan SPRM

Acryl Sani Abdullah Sani
Acryl Sani Abdullah Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan dua pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Acryl Sani berkata, pihaknya belum menerima laporan terperinci mengenai tangkapan dua pegawai polis itu.

"Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut sehingga kita mendapat laporan terperinci secara rasmi daripada SPRM. Kita masih menunggu laporan itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial, Pelancaran Portal dan Aplikasi Semak Mule di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras di sini hari ini.

Sementara itu, menurutnya, Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan beberapa anggota polis terlibat dengan sindiket Macau Scam.

"Kita akan memastikan sama ada dakwaan itu benar atau sejauh mana penglibatan anggota polis dengan sindiket Macau Scam," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukit Aman siasat dakwaan pegawai terlibat pengubahan wang haram

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!