Kes fitnah Vivy Yusof, netizen diarah fail pembelaan

Vivy Yusof
Vivy Yusof
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan seorang netizen wanita, memfailkan pembelaan terhadap kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof terhadapnya dalam masa 14 hari.

Arahan tersebut dibuat oleh Hakim Datin Rohani Ismail ketika pengurusan kes dalam kamar yang dihadiri peguam, Mohd Syakirin Syazwan yang mewakili wanita itu, Alia Najwa Hassannudin, 28, dan peguam, Pauling Hee yang mewakili Vivy.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Mohd Syakirin berkata, sebelum ini pihaknya telah memfailkan memorandum kehadirannya pada Isnin lalu dan memo tersebut t diserahkan kepada Vivy selaku plaintif, semalam.

“Disebabkan sebelum ini, saman berkenaan gagal diberi kepada defendan secara personal, maka pihak Vivy memohon perintah daripada pihak mahkamah agar saman itu disampaikan melalui penyampaian ganti.

“Saman ganti adalah di mana saman dibuat dengan cara pengiklanan di akhbar,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua pihak mahu menyelesaikan kes saman berkenaan secara baik, Mohd Syakirin berkata, pihaknya masih menunggu arahan seterusnya.

Mahkamah menetapkan 4 Januari 2021 bagi pengurusan kes seterusnya, manakala perbicaraan pada 11 dan 12 Ogos tahun yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN Isu golongan B40, M40: Vivy Yusof saman netizen

Pada 25 September lalu, Vivy, 33, mengemukakan saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini, terhadap seorang netizen wanita atas dakwaan memfitnah pemilik dUCK Group itu berhubung isu kerajaan membantu golongan B40 dan M40 yang terjejas akibat penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof selaku plaintif, memfailkan saman itu terhadap Alia Najwa Hassannudin, 28, selaku defendan tunggal, menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!