Tak boleh debat jika Trump belum pulih Covid-19: Biden

Calon Presiden Joe Biden (kiri) berkata pada Selasa sesi debat berikutnya tidak boleh diadakan jika lawannya Presiden Donald Trump masih belum bebas daripada Covid-19.
Calon Presiden Joe Biden (kiri) berkata pada Selasa sesi debat berikutnya tidak boleh diadakan jika lawannya Presiden Donald Trump masih belum bebas daripada Covid-19.
A
A
A

WASHINGTON - Calon Presiden Joe Biden berkata pada Selasa sesi debat berikutnya tidak boleh diadakan jika lawannya Presiden Donald Trump masih belum bebas daripada Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

"Baiklah, saya rasa jika dia (Trump) masih mempunyai Covid-19, kita tidak sepatutnya adakan debat," kata Biden kepada wartawan.

Sesi debat kedua antara Biden calon Demokrat dan Trump dari Republikan dijadual pada 15 Oktober di Miami, Florida.

"Saya tidak pasti bagaimana keadaan sebenar Presiden Trump sekarang. Saya tidak tahu apa statusnya," kata bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS) itu, sambil berkata beliau tidak sabar mengadakan debat itu tetapi berharap 'semua protokol dipatuhi'.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan debat pertama mereka sempena Pilihan Raya Presiden 2020, di Cleveland, Ohio pada 29 September.

Trump dan Biden tidak bersalaman pada malam itu dan mematuhi penjarakan sosial tetapi tidak memakai pelitup muka ketika berada di atas pentas.

Presiden Trump diuji positif Covid-19 pada 1 Oktober.

Biden sudah menjalani empat ujian saringan Covid-19 sejak 2 Oktober dan semua negatif.

Artikel Berkaitan:

Trump, yang mengikuti rapat di belakang Biden dalam pungutan suara dan kelihatan tidak sabar bertemu di pentas debat yang berikutnya.

Pada Selasa pagi beliau menulis di akaun Twitternya, "Ia pasti akan hebat!"

Tidak jelas sama ada Trump cukup sihat untuk muncul dalam perdebatan kerana doktornya telah memberi amaran bahawa dia belum boleh keluar dari tempatnya sekarang.

Doktor di Rumah Putih Sean Conley berkata dalam memo terbarunya, Trump tidak mempunyai sebarang gejala.

"Beliau tidak melaporkan sebarang gejala. Pemeriksaan fizikal stabil, dengan tahap oksigen 95-97 peratus.

"Secara keseluruhan beliau melakukannya dengan sangat baik, " tulis Conley dalam memo itu. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!