Patuh SOP jika tidak mahu ‘Abah rotan lagi’

WAN JUNAIDI
WAN JUNAIDI
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) berharap peniaga dan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) jika tidak mahu ‘Abah rotan lagi’.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pematuhan SOP ditetapkan kerajaan itu adalah demi kebaikan keluarga dan negara.

Menurutnya, agensi di bawah Medac kini rancak menjalankan latihan secara coaching bagi meningkatkan motivasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ini supaya peniaga terus menjalankan perniagaan mereka walaupun berhadapan situasi yang tidak menentu kesan daripada penularan wabak Covid-19.

“Semua agensi di bawah Medac telah dan sedang melaksanakan program serta aktiviti bagi menggalakkan ekonomi dalam semua bidang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, Medac menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sebaliknya hanya di kawasan zon merah.

Menurutnya, proses pemulihan ekeonomi negara bermula sejak Mei dan Jun lalu dengan suntikan dana kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) pertama serta kedua perlu digerakkan secara berterusan.

“Kerajaan juga ingin melihat hasil ataupun impak daripada sumbangan yang diberikan melalui Penjana dan Bantuan Prihatin Nasional (Prihatin).

Artikel Berkaitan:

“Seperti disebut Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pada 4 Mei lalu, kerajaan bakal kehilangan sebanyak RM2.4 bilion sehari kesan daripada pelaksanaan PKP, maka perkara itu mesti dielakkan daripada berulang,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!