Cuti anggota JPJ beku hingga 13 Februari

Razali (duduk,tengah) ketika berucap pasa sidang media sempena majlis berkenaan.
Razali (duduk,tengah) ketika berucap pasa sidang media sempena majlis berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 150 anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri ini dibekukan cuti bermula esok hingga 13 Februari ini bagi memastikan kelancaran dan keselamatan orang ramai di atas jalan raya menjelang Tahun Baharu Cina.

Pengarahnya, Razali Wagiman berkata, ia termasuk cuti bagi anggota penguatkuasa cawangan, stesen penguatkuasa dan stesen kawalan sempadan.

“Tujuannya adalah untuk memastikan tahap efisien jabatan dikekalkan, ia kerana anggota kita perlu beroperasi selama 24 jam secara bergilir sepanjang tempoh ditetapkan.

“Anggota-anggota ini akan ditugaskan untuk pemeriksaan bas, rondaan selain menyamar sebagai penumpang bas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Ops Tahun Baharu Cina di Terminal Larkin, di sini, malam tadi.

Razali berkata, beberapa lokasi panas sering berlakunya kemalangan juga akan diberikan tumpuan sepanjang Ops Tahun Baharu Cina kali ini.

“Kita kenal pasti ada dua kawasan, ia di Batu Pahat dan Kluang, situ memang sering berlaku perkara tidak diingini, jadi anggota kita akan memberi tumpuan di sana,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas 60 buah bas sepanjang Ops Sisih dan Pemeriksaan Bas di Depoh yang berlangsung pada 22 hingga 28 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, sebuah bas diambil tindakan atas kesalahan melibatkan tayar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!