Sekatan PKPB Sabah
Sekatan Jalan Raya menghala ke Kota Kinabalu oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sempadan daerah Kota Kinabalu-Telipok berhampiran Taman Putra Jaya Telipok, hari ini.
Perintah Kawalan Rentas Daerah telah dilaksanakan di seluruh Sabah bermula pada 3 Oktober lalu dan hanya mereka yang mempunyai surat kebenaran sahaja yang dibenarkan merentas daerah.
Zon Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan telah diisytiharkan sebagai Zon Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula semalam 7 Oktober manakala PKPB di Zon Sandakan, Papar dan Tuaran akan bermula hari ini hingga 23 Oktober ini bagi membendung penularan COVID-19 di negeri tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!