SPRM ada senarai nama pihak terima wang haram Macau Scam

AZAM BAKI
AZAM BAKI
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 11 individu termasuk lapan pegawai dari sebuah agensi penguatkuasa ditahan bagi membantu siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, lapan pegawai itu disyaki terlibat dan memberi perlindungan kepada pihak yang terlibat dengan isu Macau Scam.

"Sebanyak 730 akaun bank telah dibekukan dengan simpanan sejumlah RM80 juta, kita turut merampas wang tunai kira-kira RM5 juta," katanya dalam wawancara di MACC.FM, hari ini.

Azam berkata, pihaknya turut merampas beberapa kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram yang dimiliki oleh pihak berkenaan.

"Kita yakin sindiket ini telah beroperasi sejak beberapa tahun lepas, pihak siasatan mencurigai bagaimana sindiket ini berleluasa tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dalam operasi khas itu.

"Mereka akan melihat jika ada isu berkaitan dengan cukai. Kerja penyiasatan ini adalah rumit," katanya.

Menurutnya, SPRM turut mendapati beratus syarikat 'dummy' yang sengaja diwujudkan bagi menyalurkan wang haram itu.

Artikel Berkaitan:

"Modus Operandi sindiket itu adalah wang tersebut akan 'dicuci' dengan menyalurkan wang tunai kepada beberapa pihak atau individu yang mahu menjalankan perniagaan.

"Ahli sindiket telah 'memegang' syarikat berkenaan dalam keadaan tertentu bagi memastikan wang tersebut dibayar balik," katanya.

Azam berkata, pihaknya menggesa mana-mana pihak yang telah menerima wang daripada sindiket berkenaan agar tampil ke Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan.

"Pegawai saya sudah ada senarai nama individu yang telah menerima wang itu, jangan tunggu kami panggil, datang lah ke SPRM, kami akan memberi layanan dengan baik," katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan dua pegawai kanan daripada JSJ Bukit Aman yang dipercayai ada kaitan dengan pengubahan wang haram membabitkan selebriti tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN Sindiket 'cuci duit': Tiga pegawai, dua anggota polis ditahan

Bukit Aman siasat dakwaan pegawai terlibat pengubahan wang haram

"Kes kini disiasat SPRM dan mereka tidak memaklumkan maklumat terperinci mengenai penahanan itu, namun kami turut membuat siasatan dalaman mengenai perkara ini.

"Kita (PDRM) juga menerusi Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya akan membuat siasatan sejauh mana pembabitan pegawai dalam isu ini," katanya.

Sebelum ini media memetik sumber SPRM berkata, suruhanjaya itu juga menyita kediaman mewah milik pasangan suami isteri yang ditahan Jumaat lalu dan seorang suspek lain yang ditahan bersama-sama mereka.

Dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan 'pelaburan' termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.

Ejen sindiket akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaan.

Susulan itu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!