Penumpang MyBas KLIA2 - Nilai Sentral diminta tampil segera
SEREMBAN - Penumpang yang menaiki MyBas dari KLIA2 ke Nilai Sentral pada 30 September diminta segera menghubungi Bilik Gerakan koronavirus (Covid-19) Pejabat Kesihatan Daerah Seremban.
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dalam satu hebahan di laman Facebook rasminya memaklumkan, bas dengan nombor pendaftaran NDH 2259 itu berlepas dari Platform B10 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) pada jam 9 malam dan tiba di Nilai Sentral pada jam 10 malam.
Penumpang bas itu diminta untuk menghubungi talian 06-763 4809 pada jam antara 8 pagi hingga 4.30 petang dari hari Isnin hingga Jumaat manakala dari jam 8 pagi hingga 1 petang pada hari Sabtu serta Ahad
Bagaimanapun, kenyataan itu itu tidak menyatakan jumlah penumpang yang menaiki bas berkenaan atau jika ada yang positif Covid-19 sebaliknya hanya meminta mereka segera menghubungi Bilik Gerakan Covid-19 PKDS.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!