Pelari Uganda pecah rekod dunia 10,000 meter

Joshua Cheptegei melakar sejarah tersendiri apabila mencipta rekod dunia buat kali ketiga tahun ini.
Joshua Cheptegei melakar sejarah tersendiri apabila mencipta rekod dunia buat kali ketiga tahun ini.
A
A
A

KAMPALA - Pelari jarak jauh Uganda, Joshua Cheptegei memecahkan rekod dunia acara 10,000 meter kategori lelaki dalam acara yang berlangsung di Valencia, Sepanyol, lapor Agensi Anadolu.

Atlet berusia 24 tahun itu mencatat kejayaan dalam acara khas sempena Hari Rekod Sedunia NN Valencia.

Cheptegei mencatat masa 26 minit 11.02 saat (s) mengatasi rekod terdahulu yang dibuat pelari Habsyah, Kenenisa Bekele pada 26 Ogos 2005 di Brussels, Belgium dengan catatan 26:17:53s.

Tahun ini sahaja, Cheptegei sudah memecahkan tiga rekod dunia termasuk larian 5,000 meter pada 14 Ogos dan rekod dunia acara lebuh raya sejauh lima kilometer di Monaco pada Februari.

Presiden Yoweri Museveni dan pegawai kanan kerajaan lain turut mengucapkan tahniah kepada Cheptegei. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!