Jangan 'panik' lawan JDT II

Barisan pemain Kelantan FC menjalani latihan ringan menjelang aksi menentang JDT II. Foto: Kelantan FC
Barisan pemain Kelantan FC menjalani latihan ringan menjelang aksi menentang JDT II. Foto: Kelantan FC
A
A
A

BARISAN pemain Kelantan FC diingatkan supaya tidak 'panik' untuk berdepan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pada aksi Liga Premier di Stadium Larkin, Johor Bharu malam ini.

Pengendalinya, Yusri Che Lah berkata, beliau mahu pemain beraksi dengan motivasi yang tinggi untuk menewaskan pasukan meskipun misi tersebut tampak sukar.

"Berdepan JDT II bukan tugas mudah kerana mereka antara pasukan terkuat dalam saingan musim ini yang memiliki ramai pemain berkualiti.

"Jadi, pemain harus fokus dan memberikan ruang kepada pasukan lawan serta memanfaatkan sebaik mungkin peluang untuk menjaringkan gol," katanya.

Menurutnya, aksi terakhir Liga Premier musim ini mahu ditutup dengan meraih mata penuh pada perlawanan itu nanti.

Katanya, tiga mata itu penting buat The Red Warriors (TRW) untuk layak ke saingan Piala Malaysia secara automatik musim ini.

"Walaupun keputusan seri sudah memandai buat TRW untuk layak ke saingan Piala Malaysia, namun pasukan saya tetap mahu menang.

"Ini perjuangan hidup mati TRW dalam saingan musim 2020," katanya.

Artikel Berkaitan:

Selepas mengharungi 11 perlawanan Kelantan FC kini menduduki tangga kelima dalam carta Liga Premier musim ini.

Jika menang, Kelantan FC akan layak secara automatik ke saingan Piala Malaysia musim ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!