Dua maut bom tangan meletup dalam masjid di Filipina
MANILA - FILIPINA. Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom tangan meletup dalam sebuah masjid di bandar Zamboanga yang terletak di selatan Filipina, awal hari ini.
Menurut jurucakap tentera serantau, Leftenan Kolonel Gerry Besana, sebutir bom tangan dilemparkan ke dalam sebuah masjid, membunuh dua mangsa dan mencederakan empat yang lain.
Besana menambah, insiden berlaku ketika kesemua mangsa sedang tidur dalam masjid berkenaan.
Insiden terbaharu itu, berlaku selepas letupan bom berkembar di Gereja Our Lady of Mount Carmel di Pulau Jolo yang terletak wilayah Sulu.
Letupan Ahad lalu, yang didalangi militan Daesh itu mengorbankan 20 nyawa dan mencederakan 81 yang lain.
Masih terlalu awal untuk memutuskan jika insiden ke atas masjid itu adalah perbuatan balas dendam susulan kejadian di gereja Katolik terbabit. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!