Peraduan buka minda pembaca
KOTA BHARU - Suka menyertai peraduan. Itulah yang selalu dilakukan Mohd Syahriman Abd Wahab yang merupakan pembaca Sinar Harian di sini.
Membeli akhbar Sinar Harian pada setiap hari adalah rutin harian pereka grafik berumur 32 itu walaupun sibuk menguruskan permintaan pelanggannya.
Mohd Syahriman berkata, peraduan Sinar Harian Di Hatiku adalah antara peraduan yang sangat menarik pernah dianjurkan akhbar komuniti itu dan ia sebenarnya membantu membuka minda masyarakat untuk berfikir dengan lebih realistik.
“Mula-mula saya tahu tentang peraduan ini melalui bapa saya yang kebetulan ketika itu sedang membaca Sinar Harian. Memang dia akan maklumkan kepada saya apabila ada apa-apa peraduan yang Sinar Harian anjurkan.
“Kebetulan pada hari tersebut, bapa saya yang beli surat khabar, maka dia yang tahu lebih awal. Dengan dorongan bapa, saya sertai peraduan ini.
“Kalaulah saya salah seorang daripada pemenang, insya-ALLAH saya akan gunakan duit tersebut untuk keperluan ibu saya yang sedang sakit disebabkan penyakit stroke.
“Saya tahu bukan saya seorang yang sertai peraduan ini tetapi rezeki itu ada di mana-mana,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Menurutnya, dia sentiasa menyokong apa sahaja peraduan yang dianjurkan melalui Sinar Harian kerana ia sudah tentu bertujuan membantu masyarakat dan memberi ilmu dalam pelbagai cabang.
Perkara yang sama diakui Nurin Fadlina Mohd Hanafi, 22, yang melihat peraduan tersebut sebagai salah satu cara membantu pembaca untuk lebih berfikir secara kreatif dan kritis.
“Kebanyakan peraduan kita tengok hanya untuk menang tetapi apa yang Sinar Harian lakukan sebenarnya membantu menambah pengetahuan pembaca secara tidak langsung.
“Ada yang mudah, ada yang sukar, maka dari situlah kita sebagai pembaca kena menggunakan fikiran secara kreatif dan cari jawapan yang sebenar. Ia memberi satu semangat lain kepada pembaca untuk terus menunggu setiap masa gambar-gambar seterusnya.
“Ibu dan dua orang adik saya turut membantu memikirkan jawapan peraduan ini. Kebetulan kami memang minat untuk mengetahui pelbagai tempat menarik di Malaysia. Kalau tiada peraduan seperti ini, mungkin kita tidak tahu,” katanya.
Kepada semua pembaca Sinar Harian, jangan lupa dapatkan akhbar Sinar Harian setiap hari untuk mengikuti sebarang makluman mengenai peraduan Sinar Harian Di Hatiku dan dapatkan pelbagai hadiah menarik yang menanti anda nanti. Jangan lepaskan peluang, teruskan mencuba!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!