Nelayan dikhuatiri lemas bot karam ketika merawai

Anak mangsa (baju biru) berusia 40 tahun telah diselamatkan sekumpulan pemancing selepas jeritannya meminta tolong didengari kira-kira jam 4.30 petang, semalam. Foto: viral Facebook
Anak mangsa (baju biru) berusia 40 tahun telah diselamatkan sekumpulan pemancing selepas jeritannya meminta tolong didengari kira-kira jam 4.30 petang, semalam. Foto: viral Facebook
A
A
A

TANJUNG SEPAT - Seorang warga emas dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama anaknya karam ketika merawai ikan di Pantai Batu Laut, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalarifin Aman Shah berkata, anak lelaki mangsa berusia 40 tahun bagaimanapun terselamat selepas sempat berpaut pada pelampung sebelum jeritannya meminta tolong didengari pemancing berhampiran kira-kira jam 4.30 petang.

"Dalam kejadian itu, mangsa berusia 66 tahun bersama anaknya keluar merawai pada jam 8 pagi.

"Menurut anak mangsa, bot yang dinaiki mereka itu telah karam sebelum ayahnya disyaki lemas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, lelaki yang berjaya diselamatkan kini dirawat di Zon Kuning Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan pada jam 8 pagi ini dengan bantuan bomba, Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Balai Polis Tanjung Sepat selain penduduk kampung serta nelayan.

"Operasi SAR yang dijalankan semalam dihentikan sementara berikutan hari yang semakin gelap serta keadaan cuaca yang tidak mengizinkan," katanya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 3 minit 13 saat di media sosial menunjukkan sebuah bot dinaiki sekumpulan pemancing berjaya menyelamatkan mangsa yang berpaut pada pelampung.

Artikel Berkaitan:

Lebih menyedihkan, selepas lelaki terbabit berjaya dibawa ke dalam bot, dia mengatakan ayahnya, Ab Rahman Mat Kasim hilang dan telah tenggelam dalam kejadian itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!